Khamis, 19 September 2013

Benteng Menjauhi Sihir Dajjal Laknatullah


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat terawal daripada surah Alkahfi nescaya dia akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Dalam riwayat yang lain sepuluh terakhir surah Alkahfi.(Hadis Sahih) 
Marilah kita berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar kita diberi kesempatan dan keberkatan masa untuk membacanya siang dan malam. amin Ya Rabbalalamin.




Rabu, 18 September 2013

Terjemahan Hizib Zajar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aku beriman dengan Allah, aku berpegang dengan keupayaan Allah,aku membentengi diriku dengan benteng Allah, dan aku  bertawakal kepada  Allah .Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.
Dengan Allah Yang Maha Mencipta Lagi Maha Besar, dan dia adalah pertahanan  (yang tidak dapat ditembusi) oleh semua yang aku takuti dan bimbangi. Tiada kekuasan bagi makhluk bersama kekuasaan Pencipta makhluk. Dia mengekang dengan kekuasaanNya dan Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa.
Kami berada di dalam naungan Allah, kami berada di dalam naungan Allah kami berada di dalam naungan Rasulullah s.a.w, kami berada di dalam naungan Al Quran al Azim, kami berada di dalam naungan Bismilahirrahmanirrahim.
Sejuta Lai ilaha illallah Muhammadun Rasulullah ke atas bahu-bahu kami disebarkan.
Sejuta Lai ilaha illallah Muhammadun Rasulullah ke atas di dalam hati-hati kami dihimpunkan.
Sejuta Lai ilaha illallah Muhammadun Rasulullah ke atas di atas kepala-kepala kami ditimpakan.
Sejuta Lai ilaha illallah Muhammadun Rasulullah menjadi penghalang di antara kami dan masa yang tidak baik apabila ia hadir.
Sejuta Lai ilaha illallah Muhammadun Rasulullah, telah melingkarlan kepada kami pagar-pagar sebagaimana Madinah Rasul s.a.w telah dilingkari oleh benteng pertahanan Allah.
Maha Suci Tuhan yang telah mengekang setiap orang yang berniat jahat kepada kami dengan kekuasaanNya.
Maha Suci Tuhan yang telah terlaksa hukumanNya ke atas  segala sesuatu dan meliputi ilmuNya segala yang ada di darat dan di laut.
Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan dengan segala pujian sebanyak bilangan makhlukNya, keredhaanNya, timbangan A’rasyNya, tinta-tinta kalimahNya, penghujung ilmu dan ayatNya, Tuhanku Maha Agung dan Berkuasa, Tuhanku Maha Gagah dan Perkasa dan Allah Maha Menolong orang-orang bersabar, Dan berzikir mengingati Alah adalah lebih besar (faedah dan kesannya).
Ya Allah cucurilah rahmat ke atas penghulu kami,Muhammad, pembuka segala yang tertutup, penutup segala nabi yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran, petunjuk jalanMu yang lurus, dan ke atas ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, sebagaimana yang layak dengannya, sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar, dengan rahmat yang membuka pintu-pintu keredhaan dan kesenangan bagi kami, dan menutup pintu-pintu kejahatan dan kepayahan daripada kami, menjadikan bagi kami pelindung dan penolong. Engkaulah penolong dan pelindung kami dan Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.
Betapa banyak orang yang sakit menjadi sembuh dengan berkat sentuhan tangannya dan berapa banyak hajat tertunai dari berkat doanya.
Sesiapa yang  berpegang denganmu, wahai sebaik-baik akan mendapat kemuliaan.
Maka Allah akan peliharanya daripada setiap makhluk yang jahat.
Sesiapa yang mendapat berkat pertolongan dengan berkat Rasulullahs.aw.
Maka singa yang garang di dalam hutan akan tunduk kepadanya.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, para sahabat sekalian.
Maha Suci Tuhan daripada apa yang mereka sekutukan, Salam sejahtera ke atas para nabi dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.





Rabu, 19 Jun 2013

 Amalan Ayat 1000 Dinar



وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (٣) سورة الطلاق

Ertinya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), ۝ Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar antara amalan yang masyhur di nusantara, saya berpendapat kerana ianya adalah amalan murah rezeki lagi pula manusia ini memang sifat dia nak kaya, nak senang sudah tentulah amalan sebegini popular. Sebaiknya ayat ini diamati tafsirannya kerana jikalau benar-benar kita bertaqwa, Allah akan menolong kita dalam apa jua masalah. Saya amat tidak bersetuju sesetengah orang menggantung ayat ini di kedai-kedai makan dengan harapan kedai mereka laris sedangkan kebersihan kedai tidak di jaga, makanan jual mahal, jadi di manakah jalan untuk menambah rezeki jikalau sikap tuan kedai masih lagi tidak jitu kebergantungan keyakinan kepada Rabuljalil.

Cara amalan:

1.       Baca 3X pagi 3X malam. Elok selepasnya ditambah kalimah ini 3X juga.

بِسْمِ الله، يَا مُسَبِّبَ الأَسْباَبِ، سَبِّبْ.
Maksudnya: Dengan nama Allah tuhan yang menyebabkan sebab, sebabkanlah akan daku sesuatu sebab (bagi mencapai hajat).

2. Selawat 3X kemudian Ayat Seribu Dinar 3X, diakhiri selawat 3X. Nescaya tercapai hajatnya dan dimurahkan rezekinya.

3. Jikalau ada hajat khusus, baca Ayat Seribu Dinar 114X, pada malam Rabu, malam Khamis dan malam Jumaat, selepas Solat Maghrib. Sehabis baca diteruskan bacaan Surah al-Qadr 4X. Kemudian hembus 4 penjuru.

4. Juga untuk hajat baca Surah al-Qadr 6X, selepas Solat Maghrib sebelum solat sunat. Setiap 1X bacaan surah dihembuskan satu penjuru sehingga selesai 6 penjuru. 6 penjuru tersebut ialah depan, kiri, belakang, kanan, atas dan bawah. Kemudian baca Ayat Seribu Dinar 114X. Dibuat selama 3 malam.

5. Baca Surah al-Ikhlas 3X, kemudian selawat dan selepas itu Ayat Seribu Dinar. Diakhiri selawat 3X. Nescaya dimurahkan rezeki.

6. Baca Ayat Seribu Dinar 50X, selama 40 hari. Hari akhir baca sebanyak 170X. Nescaya datang rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Insya’ Allah.

Semoga Allah memberi kepada anda untuk beramal dan bertakwa semata-mata mencari rahmat dan keredaanNya, amin.

Pembahagian Zikrullah

1.Zikir Syariat
Zikir adalah amalan yang menjadi tuntutan syarak dan menjadi amalan kebiasaan orang awam, contohnya Ya Latif , Subhanallah dsb.
2. Zikir Tariqat
Zikir tariqat ialah zikir yang ada peraturan dan ianya masih sama dengan zikir syariat.

Matlamat zikir ini untuk melatih seseorang itu terkawal dengan kalimah Allah.
3. Zikir Hakikat
Seseorang itu mesti menguasai zikir  syariat dan zikir tariqat terlebih dahulu.
Zikir  ini tidak terikat kepada masa dan waktu, di mana seluruh pacainderanya turut berzikir.
Kedudukan hatinya terus bersinar dengan cahaya keimanan.
Hatinya bertindak menjadi pemancar dan penerima yang sangat sensitif dan peka kepada persekitaran.
4. Zikir Makrifat
Zikir makrifat ialah zikir yang tidak payah disebut. Sebaliknya kalimah zikir ini kadang-kadang berbeza dengan hal keadaan zikir yang lain. Kebiasaannya mereka yang berada pada maqam ini dia lemas dalam kalimah zikir itu sepanjang waktu.
Zikir ini menjadi amalan para wali Allah.
Tugas kita berusaha untuk menguasai mana-mana bahagian zikir. [ Firman Allah Taala : Sesungguhnya telah ada teladan yang baik pada diri Rasulullah iaitu bagi orang yang mengharapkan keredhaan Allah dan pahala hari akhirat dan banyak berzikir menyebut nama Allah. Al-Ahzab 21

Selasa, 12 Mac 2013


CENGKAMAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM 

Kini di akhir zaman, semuanya telah diyahudikan. Atau erti kata yang lain semuanya telah dirosakkan, hingga umat Islam tidak mendapatkan Allah dan Rasul dalam kehidupannya, sekalipun dalam menuntut ilmu-ilmu Islam. Semuanya telah dirosakkan.

Dahsyatnya kerosakan yang dilakukan, hingga udara pun telah diyahudikan. Kita menghirup udara namun tidak merasa kebesaran dan kehebatan Tuhan! Udara pun yahudi berjaya rosakkan.

Apa yang yahudi lakukan hingga dunia begitu rosak serosak-rosaknya?


Yahudi adalah musuh Islam, dan mereka bermusuh dengan Tuhan sekalian alam. Sepertilah yang kita diberitahu sebelum ini, mengapa yahudi begitu bermusuh dengan Islam hanya kerana Nabi yang bongsu atau terakhir itu bukan daripada kalangan mereka. Justeru itu mereka memilih untuk bermusuh dengan Tuhan selama-lamanya.

Namun begitu, mereka cukup yakin dan sangat yakin kepada apa-apa yang disampaikan daripada baginda Rasul S.A.W. Kata Rasul, yahudi ini makhluk yang sangat beriman dengan Allah dan Rasul tetapi sangat bermusuh dengan Allah dan Rasul.

Mereka mengkaji dan meneliti Quran dan hadis-hadis Nabi, bahkan sangat memahami dan mengamalkannya. Mereka membenarkan ia namun dengan cara berbeza. Mereka mengkaji kebenaran Quran, hasilnya diterbalikkan atau dipesongkan untuk merosakkan umat Islam.

Sabda Nabi S.A.W. :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu  sehingga engkau menurut agama mereka." Al-Baqarah: 120


Yahudi mencatur dunia, sekalipun dunia umat Islam agar kita menurut cara mereka. Yahudi tidak berbangga dengan umat Islam yang murtad tapi berbangga dengan kerosakan yang telah dilakukan kepada umat Islam. Mereka lebih berbangga dengan perbalahan dan percakaran sesama umat Islam.

إنّ الشيطان يجري من الإنسان مجرى الدام
"Sesungguhnya syaitan itu bergerak didalam diri manusia mengikut aliran darah" Daripada Sufiah binti Hayy R.A., Riwayat Bukhari.

Daripada hadis di atas, yahudi mengkaji bagaimana yang dikatakan syaitan itu mengalir melalui darah dan seterusnya kesan kepada manusia. Kita sedia maklum, hati yang bersih ditempa daripada makanan yang halal.

Halal itu tidak melibatkan perkara yang haram samada sumbernya atau perkara itu sendiri adalah haram. Contohnya, babi adalah haram dan memang kita tidak memakannya. Namun bagaimana dengan makanan yang dicuri atau syubhah? Yang lebih besar lagi ia didapati daripada orang bukan Islam, lebih-lebih lagi kalau ada campur tangan yahudi?

Inilah rahsianya mengapa yahudi begitu berjaya mengawal hati dan fikiran umat Islam! Kerana semuanya dalam kawalan mereka. Mereka menyediakan kemudahan hidup yang kononnya untuk kebaikan manusia, namun terselit agenda mereka, iaitu mengawal dan merosakkan umat Islam, atau dengan kata-kata yang lebih tepat memisahkan manusia daripada Tuhan!

Para sahabat ridwanullah 'alaihim, mereka itu jika menyebut kalimah 'ALLAH' gementar hati-hati mereka. Bahkan ada yang mati kerana perasaan takut dan rindu yang terlalu dan begitu mendalam kepada Allah!

Namun itu tidak lagi berlaku kepada umat Islam akhir zaman! Kita menyebut Allah dan perkataan selainnya, sama sahaja. Nauzubillah! Berjaya kita dirosakkan. Tidak terasa kehebatan dan kebesarn Allah. Kalau Allah sendiri dilupakan, betapalah kekasihnya Nabi yang dirindukan, kita lupakan!

Yahudi mengkaji hadis di atas dan melakukan eksperimen. Hasil eksperimen lahirlah produk-produk yahudi yang mengalir dalam tubuh badan manusia. Tidak cukup dengan itu, dicipta pakaian dan umat Islam menyarungnya dengan penuh bangga! Dibuatkan produk kecantikan dan dunia memakainya, hasilnya setiap wajah manusia hilang cahaya kebenaran darinya. Mereka benar-benar memanfaatkan hadis Nabi itu tadi.

Umat Islam? Apa yang kita lakukan daripada hadis tadi? Kita lebih berbalah tentang sanadnya, perawinya, adakah hadis itu mutawatir, assah, sahih, dhaif, maudhu' atau mardud. Maksud hadis atau perlaksaannya diabaikan. Dalam berbalah, umat Islam teruslah tertipu dengan perangkap yahudi.

Bayangkan itu baru yahudi sediakan makanan, pakaian, dan kosmetik. Tapi realiti dunia hari ini, sistem kehidupan pun yahudi yang sediakan! Hatta pendidikan Islam pun yahudi yang ajarkan! Lahirlah ulama-ulama yang hanya tahu mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Nak melaksanakan tidak tahu.

Mudahlah manusia dirosakkan kerana landasannya memang ada dalam diri manusia. Lahirnya adalah darah yang mengalir dalam diri kita, yang maknawinya dan yang lebih ditakutkan Nabi lagi ialah; dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Baik daging itu baiklah seluruh anggota, rosak daging itu rosaklah keseluruhannya. Maka ketahuilah bahawa itu adalah hati, raja dalam diri manusia!

Betullah kata Pemuda Bani Tamim, udara pun telah yahudi! Terpisah kita dengan Allah dan Rasul oleh yahudi. Para sahabat dalam tak cukup makan pun dapat Allah dan Rasul. Dapat makan sedap pun dapat Allah dan Rasul. Namun umat Islam kini, kaya atau miskin tetap tidak dapat Allah dan Rasul.

Mari kita lihat khidmat-khidmat yang diberikan nama oleh yahudi, yang menjadi kebanggaan dan kegilaan umat Islam. Bahkan malu kalau tidak menggunakannya. Ini baru sahaja antaranya, belum semuanya. Ada juga yang berasaskan nama Islam, namun dibelakangnya adalah mereka.


PERSIAPAN YAHUDI MENUNGGU DAJJAL.


Kita sedang berperang dengan dajjal yang berasal dari keturunan Yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apakah senjata kita kalau bukan teknologi roh? Ianya adalah benar bahkan semua itu adalah kekuatan utama zaman tiga kurun selepas Rasulullah S.A.W. bilamana mereka berhadapan dengan perang. Semua itu adalah cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib.

Ketahuilah bila umat Islam menolak teknologi roh tersebut, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka telah dipesongkan daripadanya. Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak yang membenarkan hal-hal rohiyah atau ghaibiah ini. Siapa yang kata Quran menolak hal-hal ghaib ini ertinya, dia telah telah dipengaruhi Yahudi yang sesat itu.

“Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.”(Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abdullah Ibn Umar RA, sabda Nabi S.A.W. : "Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata." (Hadis riwayat Bukhari)

Dari Ali R.A. berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya."(Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Doa berlindung dari fitnah Dajjal :
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923)


Setelah kewafatan Nabi S.A.W., yahudi telah merancang usaha-usaha untuk menghina baginda sekaligus menghina Islam. Mereka berdendam dengan Allah yang tidak mengutus rasul terakhir dikalangan mereka, bahkan diutus kepada bangsa arab. Bagi mereka, ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sejak itu dengan rasminya mereka berperang dengan Allah!

Kata Abuya, apa sahaja yang datang dari yahudi samada nampak baik atau memang buruk keadaannya, semua itu adalah dalam rancangan mereka. Sepertilah iblis yang berdendam dan menghasut untuk membawa manusia bersamanya ke neraka, yahudi begitulah.

Yahudi tahu kebenaran bersama Islam. Jadi mereka merancang untuk mempersiapkan kedatangan satu makhluk dari keturunan mereka juga, yang dijanjikan ditangannya manusia kafir beramai-ramai! Ya, itulah dajjal yang ditunggu-tunggu mereka.

Umumnya sejarah dunia telah dirubah mereka, mengikut gaya dan citarasa mereka. Tujuannya adalah untuk memisahkan agama dan manusia. Hakikatnya nak merosakkan hubungan manusia dengan Tuhan.

Kalaulah umat Islam mengetahui sejarah Islam yang sebenar, roh umat Islam akan terbina sekaligus Islam akan mulia di mana-mana. Dengan sejarah yang dirubah pun umat Islam mendapat kekuatan, betapalah kalau roh sejarah itu masih ada, akan lahirlah masyarakat Islam sepertimana yang wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat!

Sejarah moden juga diputarbelitkan, sedangkan semua ini rancangan mereka sejak kewafatan Nabi Muhammad lagi. Perang dunia pertama, kedua, perang dingin, perang teluk, huru-hara di Mesir sekarang ini, semua ini dalam pelan mereka.

Lakonan mereka cukup berjaya. Walaupun ribuan nyawa melayang itu bukan masalah. Bahkan nilai nyawa manusia selain bangsa yahudi adalah ibarat binatang, sebab itulah diperlakukan sesuka hati. Semua ini adalah persiapan untuk kedatangan dajjal.

Kalaulah kedatangan Imam Mahdi dipersiapkan, begitu juga dengan kedatangan dajjal, dan yahudilah yang mempersiapkannya!

Peristiwa 11 September, Osama bin Laden, ini adalah rekaan yahudi. Kata Abuya, Osama bin Laden tu tak wujud pun! Entah siapalah yang diambil wajahnya, dibubuhlah nama Osama. Keluarga Bin Laden pula dibayar dengan dunia untuk digunakan nama buruk mereka. Maka Islamlah yang dihina. Itulah tujuannya. Seolah-olah ini ajaran Quran, ajaran Nabi Muhammad.

Setakat dua buah bangunan yang dihancurkan dengan dua buah kapal terbang, apalah sangat nilainya bagi yahudi demi kedatangan dajjal. Dengan slogan anti-pengganas, misi keamanan, Osama bin Laden, Al-Qaeda, 11 September dan lain-lain, ini hanyalah sebahagian dari pelan kedatangan dajjal. Muncullah stesen Aljazeera seolah-olah wira yang menyampaikan berita dari tengah medan perperangan, rupa-rupanya itupun milik yahudi yang bertopengkan Islam juga.

Di Baitul Maqdis, kerja-kerja musuh Islam semakin rancak. Mereka bekerja 24 jam bagi memastikan usaha mereka tidak terganggu. Orang Islam di Palestin sedikit pun tidak menggugat mereka. Malah bridged Al-Qassam sedikit pun tidak menggangu mereka. Kerana mereka tahu yang akan merosakkan plan mereka adalah bangsa berhidung peset! Bangsa hidung mancung kini bukan zaman mereka lagi.

Pelan kedatangan dajjal hampir ke kemuncaknya. Yahudi hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa dan pada masa yang sama sedang mendirikan Haikal Sulaiman di bawahnya. Orang-orang mereka telah dipersiapkan diseluruh dunia, dipelbagai bidang. Semuanya berperanan di bidang masing-masing demi misi mereka ini.

Abuya pernah tulis buku, 'Perang Teluk Islam Kembali Gemilang'. Kenapa Abuya kata perang itu menggemilangkan Islam? Rupanya boneka yahudi berpaling tadah! Siapa boneka itu?

Saddam Hussein asalnya adalah boneka yahudi, digunakan untuk 'Devide & Rule' di Timur Tengah. Namun Saddam berpaling tadah dan semenjak itu dia diancam. Begitulah juga yang berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana boneka yahudi, temasuk Anwar. Kalau tidak patuh dan taat pada mereka, rahsia peribadi akan dibongkar, dan kemuncaknya dibunuh.

Perang antara Hizbullah dan Israel, itu pun lakonan semata. Yang terkorban adalah puak sunni. Di depan manusia berperang di belakang tidur sebantal dengan musuh. Itulah yang berlaku di Lubnan selama ini. Begitu jugalah yang sedang berlaku di Syria sekarang ini. Yang terkorban adalah puak sunni, dan yang musnah juga bandar-bandar dan perkampungan sunni.

Malah, boleh dikatakan peristiwa di Syria sekarang ini sepertilah Nazi di zaman moden. Bahkan gaya atau cara tabik hormat Nazi dan Syiah adalah sama. Kerana kedua-duanya adalah rekaan dan ciptaan yahudi.

“Kalau bukan kerana orang-orang Iran (bantuan mereka), Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! “ Bekas Presiden Iran yang ke 4, Akbar Hashemi Rafsanjani.

“Selepas serangan 9/11 Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan Pakatan Utara. Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah berjaya menggulingkan Taliban. Itulah sebenarnya yang berlaku” James Dobbins, bekas duta Amerika di kesatuan Eropah.

"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di Bumi AFGHANISTAN. Seharusnya Amerika mengetahui jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!" Akbar Hashemi Rafsanjani.

Sebelum ini, Suara Haramain membongkar kejahatan yahudi, dimana mereka itu kerjanya memisahkan hubungan manusia dengan Tuhan, sekalipun ada yang menyembah batu, itu pun akan dirosakkan mereka.

Sudahlah bermusuh dengan Tuhan, malah mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan anutan. Sebentar berpisah dengan Nabi Musa, dibuatlah tuhan lembu daripada tanah dan disembah. Itulah yahudi. Di barat, kelihatan banyak monumen atau patung-patung aneh berupa binatang gabungan atau jin, itulah pujaan mereka. Ini semua ada kaitan dengan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Bahkan segelintir umat Islam sendiri mengambil itu sebagai hiasan.

Apa kaitan lembu Samiri yang disembah yahudi dengan dajjal? Ketahuliah! Bahawa ibu bapa dajjal adalah daripada sebahagian mereka yang selamat dikejar firaun bersama Nabi Musa dan menyembah patung lembu Samiri. Dan patung-patung yang dibina sekarang adalah lambang hormat kepada dajjal dan penghargaan kelahirannya.

Monumen Washington, sebuah tiang yang hujungnya bersegi tiga, adalah lambang pemujaan syaitan. Tiang itu dijadikan kebanggaan mereka, kononnya memperingati sejarah Amerika. Sebenarnya itulah peringatan dan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Sepertilah umat Islam melihat Kaabah dan mendapat kekuatan darinya, begitu juga dengan yahudi dan mereka yang menunggu kedatangan dajjal. Kalau umat Islam melontar batu ke tiang (jamrah), dengan niat membaling syaitan (merujuk sejarah Nabi Ibrahim), mereka memuliakan tiang tempat berkumpulnya syaitan itu.

Pope yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan meninggalkan Vatican, ini pun adalah sebahagian daripada persiapan yahudi menyambut ketibaan dajjal.

Kalau begitu sekali persiapan mereka, maka munasabahlah persiapan untuk kebangkitan Islam kedua ini pun sangatlah hebatnya. Percaturannya, perjalanannya, tempatnya, semuanya adalah tersusun dan terpimpin. Sesuailah hebatnya persiapan ini dengan persiapan yang dibuat oleh yahudi.

Janji Tuhan dan Rasul akhir zaman, Islam pasti gemilang dan takkan kalah-kalah lagi.

Ahad, 10 Mac 2013

FADILAT ZIKIR

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur. Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir.

Di dalam risalah itu, beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah tersebut.

faedah-faedah zikir itu satu persatunya serba ringkas.
1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.

Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.

13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152) 
Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat. 
20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir. 

21. Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia.

Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir, maka terselamat dari sifat keji.

Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya.

Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi. Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.

Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman:
"Barangsiapa tertahan oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain.

Terdapat hadis yang menerangkan:
"Barangsiapa membaca kalimah ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya yang seimbang memerdekakan 10 orang hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya 100 kebajikan, dihapuskan daripadanya 100 dosa, dipelihara dari godaan syaitan dan tiada siapa pun yang lebih afdal daripadanya kecuali orang yang amalannya telah melebihi.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.

Melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Allah. Barangsiapa melupakan Allah, nescaya akan dicampakkan di dalam kancah kerugian.

Allah memperingatkan kita manusia di dalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Al-Hasyar: A:19 S:59 J:28 M/S:548)

Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni hati perasaan dan akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki.

Apabila manusia melupakan diri sendiri, maka dengan sendirinya ia akan melupakan muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan.

Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah ladangnya, sudah tentulah sawah ladangnya tidak mendatangkan hasil apa-apa. Akhirnya akan bertukar menjadi belukar.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir.

Sepertimana seseorang yang mencintai air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika ia sangat lapar ataupun ia cinta kepada pakaian dan rumah semasa ia berasa sangat sejuk atau sangat panas.

Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia, maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan.

Jika hatiperasaannya sudah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggi-tingginya.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang.

Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."
(Al-An’am: A:122 S:6 J:7)

Hati perasaan orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang.

Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah ini:

"Ya Allah ! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku dan juga besarkanlah nur itu untukku."

Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah.

Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Ilahi.

38.Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda.

Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan.

Sebaliknya orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.

Yakni hati perasaan manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Hati perasaan dan jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya.
Akhirat yang jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat.

Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan buahnya.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa (takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman:
"Adalah Aku menyertai hamba-Ku selama ia mengingati Daku."

Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:
"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku.

Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka.

Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."

Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak mungkin juga dibicarakan.

Kelazatannya dengan erti kata yang sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya.

Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata kepada Allah,
"Ya, Allah ! Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu." 

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."

Allah berfirman:
"Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

54. Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55.Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56. Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.

57. Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“Ya, Rasulullah s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lain."

Sebagai menjawab Rasulullah s.aw bersabda:
"Mahukah kamu sekelian aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?"

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bacalah kamu sekelian selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)
Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar.

Oleh itu, semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

59.Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60.Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan.

Ianya mempunyai kesan yang istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

61.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62.Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:
"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."

Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para sahabat bertanya:
"Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

63.Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu.

Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah itu?"

Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir. Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata, "Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkan).

67.Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga.

Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya¬tanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau.

Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."

68.Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan.

Allah S.WT telah berfirman:
"Mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit."
(An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)

Ka'ab Akhbar r.a berkata:
"Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan."

69.Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan¬amalan yang lain.

Jika zikir tidak mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah dia. 
Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70.Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat. 

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:
“Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."

Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:
"Tahukah kamu berita-berita bumi itu?"

Mereka menjawab:

"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di sekian tempat di permukaannya pada sekian masa.

Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti." 

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.

Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.

73.Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru.